08 Julai 2009

Projek Memasang Khemah dan Penghawa Dingin

Khemah

AJK Surau bercadang untuk memasang khemah separuh kekal di perkarangan surau bagi menampung jemaah yang semakin ramai semasa Solat Jumaat dan Solat-solat Sunat Tarawikh & Hari Raya. Pada masa ini, dewan solat tidak mencukupi untuk menampung bilangan jemaah dan ada masa-masanya jemaah terpaksa bersolat Jumaat di dalam keadaan berpanas. Projek ini dianggar menelan belanja seperti berikut:

a) Kos membeli khemah berukuran 39' x 46' - RM15,000
b) Sistem pendawaian, lampu dan kipas - RM 2,000
c) Kos membeli tikar getah sebagai lapik lantai - RM 3,000
d) Lain-lain kos luar jangka - RM 500
Jumlah - RM20,500

Penghawa Dingin

AJK Surau juga bercadang untuk memasang penghawa dingin di dalam dewan solat bagi menambahkan keselesaan jemaah semasa bersolat dan beribadat di surau. Projek ini merangkumi perkara-perkara berikut:

a) Pemasangan 6 unit penghawa dingin berkapasiti 3.5HP - RM26,500
b) Pemasangan sistem paip dan hos - RM 2,600
c) Sistem pendawaian dan MCB baru - RM 2,500
d) Memasang cermin bagi menutup ruang-ruang terbuka - RM 3,000
e) Lain-lain kos luar jangka - RM400
Jumlah - RM35,000


Sehubungan dengan itu, para jemaah dan dermawan dari kalangan individu mahupun organisasi korporat Islam dialu-alukan untuk menaja atau menyalurkan sumbangan bagi menjayakan kedua-dua projek di atas. Sumbangan boleh dihulurkan menggunakan cek atas nama Bendahari Surau Al-Mahdi atau melalui tabung-tabung yang disediakan khas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bendahari Sdr Arwan (019-232 7607) atau Sdr Firdaus (012-376 1577).

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan mendapat balasan pahala berlipat ganda dari Allah SWT.



6 ulasan:

  1. Diwar2kan Forum Perdana Masjid Subang Perdana, 9 mlm, Jumaat, 10/7, Panel - Ex-Mufti, Tn. Hj. Hashim Yahya, Tn. Ibrahim Tn. Man & Dr. Ruslan Mohamad.

    Kehadiran bersama keluarga amatlah digalakan.

    BalasPadam
  2. semoga usaha kerja diberkati Allah....

    cadangan saya yg. sekupang dua...
    1) tlg. letakkan no. akaun bank projek ini bagi memudahkan dana disumbangkan direct....
    2) edarkan surat infsk kpd. semua isirumah di Tmn. Bkt. Subang...
    3) war2kan di dalam blogspot kwsn.- Tmn. Bkt. Subang & Shah Alam... http://www.pasbktsubang.blogspot.com/
    http://www.khalidsamad.com/

    wassalam...

    BalasPadam
  3. Para ajk yg. luhur lagi budiman… sepjg… pengalaman saya menghadiri kuliah di sini, saya ingin mencadangkan selain kuliah bertemakan tasauf, akidah, tafsir…. Mungkin tak keberatan jika para ajk mengadakan kuliah bertemakan.. sistem perundangan syariat atau undang-undang Islam… sekurang2nya…. Kita perlu tahu … dan mencintainya.. agaknya…. Semoga syor saya di terima…. Selamat menyambut Ramadhan…

    BalasPadam
  4. Nak belanja puluh-puluh ribu, rasa macam tak logik jer harga ......takkan duit orang sedekah kat surau pun nak balun....
    Mintak je la dengan wakil rakyat.....yakob sapari ngan khalid samad.....suruh diorang zakatkan skit harta rakyat yang dah di pau tu....baru barakah
    Kalau nak adil....open tender....jgn Jamil Ent dan Tarmizi Ent je balun....

    BalasPadam
  5. Sehubungan dengan itu, para jemaah dan dermawan dari kalangan individu mahupun organisasi korporat Islam dialu-alukan untuk menaja atau menyalurkan sumbangan bagi menjayakan kedua-dua projek di atas. Sumbangan boleh dihulurkan menggunakan cek atas nama Bendahari Surau Al-Mahdi atau melalui tabung-tabung yang disediakan khas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bendahari Sdr Arwan (019-232 7607) atau Sdr Firdaus (012-376 1577).

    Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan mendapat balasan pahala berlipat ganda dari Allah SWT.
    (Inilah ayat manis PAS untuk berselindung disebalik kerakusan mereka)

    BalasPadam
  6. RM1 bertemu dengan RM50

    Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya:

    "Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

    RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi....
    Pergi stadium tgk bola,
    Naik STAR Cruise,
    gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY,
    tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...
    banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

    RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
    "Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..
    Surau, Masjid, Surau... ".

    BalasPadam