11 Disember 2011

Peluang untuk infaqkan harta

Assalamualaikum wbk,

Muslimin & muslimat yang berhajat untuk menyumbangkan dana dialu-alukan utk projek-projek berikut:

a) memasang sliding door di sekeliling khemah tambahan
b) memasang siling di khemah tambahan
Selain dari itu, sumbangan juga dialu-alukan untuk dana pengurusan surau seperti bayaran pembersihan berkala di luar kawasan surau, pembersihan tandas, dan dana aktiviti riadah surau.

Semua sumbangan boleh disalurkan melalui Bendahari Surau, Sdr Arwan atau menerusi mana-mana pegawai atau AJK Surau.

Semoga sumbangan anda mendapat keberkatan dan dilipat-gandakan pahalanya oleh Allah SWT.

Wassalam wbk.

06 November 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalam wbk.

Diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadah Qurban.

Hayati maksud Qurban yang sebenarnya agar kita menjadi insan yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya ibadat Qurban itu suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam, sebagai mensyukuri nikmat yang telah dikurniakanNya. Dan jika kita renungkan dan mengikut tafsir Surah al-Kautsar, ibadat ini 'wajib' ke atas semua umat Islam kerana kita sentiasa menerima nikmat dariNya. Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam ...... renungkan.

Surau al-Mahdi akan menumbangkan 6 ekor lembu dan acara penyembelihan ini akan dilakukan mulai jam 10 pagi Ahad 6/11/11. Semua anak kariah dialu-alukan untuk bersama-sama bergotong royong melapah dan memotong daging-daging qurban untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar Bukit Subang. Agihan daging akan dilakukan sekitar selepas Solat Zohor dan sebahagian dari daging-daging qurban itu akan dihadiahkan kepada anak-anak kariah yang berhajat. Sila datang ke surau untuk mendapatkan daging berkenaan.

Anak-anak kariah juga dijemput untuk sama-sama menikmati juadah sup tulang selepas Solat Isyak hari yang sama.

Sekian, semoga kita menjadi insan dan umat yang lebih bertaqwa.

Wassalam.

12 Jun 2011

CERAMAH ISRA' & MIKRAJ

Surau al-Mahdi akan mengadakan program di atas pada:

Tarikh: Jumaat 24/6/2011
Jam: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Dewan Solat Surau al-Mahdi
Penyampai: Us Tajudin Mat Jali (Batu Kurau, Perak)

Semua jemaah dan anak kariah dialu-alukan ke majlis yang tersebut di atas dan diharap dapat mewar-warkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran.

10 Februari 2011

Forum Bicara Ilmu Maulidur Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1432H, Surau al-Mahdi akan mengadakan program berikut:

FORUM BICARA ILMU MAULIDUR RASUL
Tarikh: Isnin 14/2/2011
Jam: 8.00 - 9.30 malam
Tempat: Dewan Solat Surau al-Mahdi
Panel: Us Aidil (Radio IKIM)
YBhg Us Datuk Hashim Yahya
Us Zamri (TV9)

Semua jemaah dan anak kariah dialu-alukan ke majlis yang tersebut di atas dan diharap dapat mewar-warkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran.

Wassalam wbk.