15 Ogos 2009

Program Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum wbk.

Bulan Ramadan 1430H akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Insya Allah, Surau Al-Mahdi akan mengadakan program-program Ihya’ Ramadhan berikut:

Bubur Lambuk untuk Berbuka Puasa
o Terbuka untuk tajaan oleh individu atau kumpulan/syarikat yang berminat.
o Bubur lambuk akan diagih-agihkan pada setiap hari kepada anak kariah yang berminat selepas Solat Asar.

Solat Sunat Tarawih dan Witir

Tahlil Arwah
o Diadakan pada setiap malam kecuali pada malam-malam yang mana tazkirah diadakan
o Tahlil arwah ini akan diadakan selepas solat witir.
o Sumbangan ikhlas dialu-alukan.


Solat Hajat

o Solat Hajat akan diadakan sebelum Solat Witir pada setiap malam Jumaat.


Jamuan Moreh
o Diadakan pada setiap malam selepas Solat Sunat Terawih jika ada tajaan sahaja.
o Terbuka untuk tajaan oleh individu atau kumpulan/syarikat yang berminat.

Tadarus Al-Quran
o Diadakan pada setiap malam selepas Solat Sunat Terawih.
o Muslimin yang berkelapangan dialu-alukan untuk sama-sama bertadarus. Sila hubungi Imam Syobah jika ingin menyertainya.
o Majlis Khatam Quran akan diadakan pada malam 24 Ramadan 1430H.

Qiamullail
o Qiamullail akan diadakan pada awal pagi mulai jam 4.00 pagi pada 31/8/09 dan hari Nuzul Quran (17 Ramadhan) dan akan dibimbing oleh Imam Syobah/Wildan. Insya Allah akan melakukan Solat-solat Tahajjud, Taubat dan Hajat.

Tazkirah dan Kuliah Subuh
o Tazkirah akan diadakan pada malam-malam tertentu selepas Solat Sunat Terawih.
o Kuliah Subuh pula akan diadakan hari Sabtu atau Ahad tertentu selepas Solat Subuh.

Ahli-ahli kariah di Taman Bukit Subang dijemput dan dialu-alukan untuk bersama-sama di dalam program-program yang tersebut di atas. Pihak Surau juga mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan untuk menaja program-program yang tersebut di atas. Borang tajaan dan sumbangan boleh didapati di beranda surau. Sila hubungi AJK Surau, En Amir Shukri (019-2297475) atau En Radzi (012-6800623) jika ingin menyertainya tahlil arwah atau menaja program Bubur Lambuk dan Moreh. Kepada semua para penaja, pihak Surau mengucapkan ribuan terima kasih, semoga amal jariah tuan/puan yang budiman diterima Allah SWT dan mendapat keberkatan.

Wassalamualaikum wbk.

2 ulasan:

  1. Saya memohon pertimbangan AJK Surau AlMahdi membuka kaunter pembayaran Zakat Fitrah di Bazaar Ramadhan (berhadapan Surau AlMahdi) bagi memudahkan para pengunjung dan peniaga membayar zakat. Al-maklumlah, kadang-kala terdapat para pengunjung dan peniaga yang malu-malu kucing datang ke Surau AlMahdi. Di samping itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas selingan tazkirah yg. diadakan selepas Solat Tarawih & Witir…. Apa2 pun, walaupun sedikit kecewa, terdapat jemaah pulang selepas 8 rakaat …. Mungkin keuzuran, kecemasan, sakit perut…. Apa2 pun masa inilah.. kita mengambil peluang nak timba ilmu… almaklumlah.. setakat bulan2 lain… nak dapatkan 2 saf… pun jenuh…Wassalam

    BalasPadam
  2. tahu tak pe..... bab2 buat tazkirah selepas tarawih atau dipertengahan itu sebenarnya sudah dibincangkan sblm ramadhan lg maybe thn hadapan akan buat tazkirah dipertengahn tarawih plak... dan yg lebih penting orang yg nk ilmu bak kata pepatah nk seribu daya tak nak seribu dalih pihak AJK buat kot mana pun bg orang dengar tazkirah kalau dah x nk dengar majlis ilmu tetap mcm tu jugak pokok pangkalnya penghijrahan diri tu sendiri

    BalasPadam