24 Mac 2009

Rakaman Kuliah Us Azhar Hashim

Untuk mengikuti rakaman suara kuliah Us Azhar Hashim membincangkan Kitab Sairus Salikin yang diadakan setiap malam Sabtu minggu pertama dan ketiga, sila klik kepada link berikut:

1. Kuliah pada 3/1/09: http://savefile.com/projects/808752272


Semoga mendapat berkat dan manfaat dari ilmu yang dikongsi bersama ini.

Wassalam.

08 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Assalamualaikum wbk.

Esok merupakan tanggal 12 Rabiul Awal 1430H dan umat Islam menyambut kedatangannya sempena memperingati kelahiran baginda Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama berselawat dan memuji junjungan besar kita. Surau Al-Mahdi akan mengadakan majlis ringkas dengan marhaban dan berselawat selepas Solat Maghrib pada Isnin 9/3/09. Datanglah beramai-ramai ke surau.

Pihak surau juga mengalu-alukan sumbangan dana dari semua ahli kariah dan dermawan bagi menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat Seksyen U16 yang akan diadakan pada Ahad 15/3/09. Ahli-ahli kariah juga dijemput menyertai perarakan berselawat pada pagi Ahad tersebut dan seterusnya mendengar ceramah dari Us Ahmad Dusuki. Datanglah beramai-ramai bersama-sama kontinjen kawasan perumahan, sekolah atau KAFA/Tadika masing-masing.

"ISLAM MENJANA KESEJAHTERAAN UMMAH"

Sekian, wassalam.