26 Disember 2010

Jejak Fisabilillah

Assalamualaikum wbk.

Buku Hijrah Iman merupakan nukilan Us Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr, seorang pendakwah yang asalnya seorang Kristian dari keluarga yang rapat dengan pertubuhan Gereja & NGO Kristian negeri Sabah. Beliau pernah mengikuti pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tetapi terpaksa memberhentikan pengajian kerana masalah kewangan. Dalam buku ini, beliau menceritakan pengalaman beliau sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam dan seterusnya menjadi pendakwah. Harapan beliau, hasil dari jualan buku ini, insya Allah, beliau dapat meneruskan pengajiannya ke Syria pada tahun hadapan. Hijrah Iman banyak membuka minda kita tentang tanggapan orang-orang bukan Islam terhadap Islam. Dapatkan buku ini terus kepada Us Ahmad Khairul Ikhwan yang baru menetap di Blok 14, Pangsapuri Melati dengan harga RM15.

Marilah kita sama-sama menyokong gerakan dakwah yang dilakukannya secara bantuan kewangan dengan sedikit sumbangan berupa pembelian sebuah buku berharga RM15 ini atau sumbangan kewangan untuk meneruskan usaha dakwah (yang kita sendiri tidak lakukan) terus kepada Us Ahmad Khairul Ikhwan dengan menghubungi beliau dengan email mujahidpitas@yahoo.com. Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keredhaanNya dan dibalasi dengan limpahan rahmatNya dengan berlipat kali ganda.


Wassalam wbk.

19 Disember 2010

Senarai AJK Surau

Surat tauliah perlantikan AJK Surau sesi 2010/2013 adalah seperti berikut.


Sekian, untuk makluman.

05 Disember 2010

Makna Doa Semasa Duduk antara dua sujud

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua.

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Wallahu w'alam.