22 Februari 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Subang

Assalamualaikum wbk.


Surau Al-Mahdi dengan kerjasama MPP Zone 22 dan JAIS akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat Bukit Subang pada Ahad 15/3/09. Sambutan bermula dengan perarakan berselawat dari Surau Al-Mahdi bermula jam 7.30 pagi yang akan melalui Jalan Metafasa U16/4, Jalan Metafasa U16/5 dan Jalan Metafasa U16/3 sebelum kembali semula ke Surau Al-Mahdi. Acara kemuncak sambutan adalah Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki yang akan bermula lebihkurang jam 10.30 pagi. Acara selingan sebelum ceramah adalah persembahan nasyid dari gabungan KAFA sekitar Taman Bukit Subang dan persembahan Marhaban.
Jawatankuasa Penganjur Majlis Sambutan dengan rendah hatinya memohon sumbangan kewangan dan bantuan peralatan dari para dermawan dari kalangan penduduk serta ahli kariah Bukit Subang dan pihak korporat agar majlis dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sumbangan berupa cek bolehlah dituliskan atas nama Bendahari Surau Al-Mahdi, manakala sumbangan tunai bolehlah disalurkan kepada mana-mana AJK Sambutan atau AJK Surau Al-Mahdi.
Muslimin dan muslimat dijemput untuk menyertai perarakan berselawat dan seterusnya untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang mengupas tema sambutan kali ini iaitu "Islam Menjana Kecemerlangan Ummah".
Sekian, dan wassalam.
M. Firdaus

17 Februari 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbk.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan hidayah dan umur panjang untuk memulakan Blog ini, khusus untuk pengetahuan muslimin dan muslimat mengenai Surau Al-Mahdi dan aktiviti-aktivitinya. Sebelum ini, sahabat kita Sdr Kamaruddin telah menyediakan blog yang hampir serupa tetapi kerana paparan di dalam blognya tidak khusus kepada Surau Al-Mahdi, maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengadakan blog khusus untuk Surau Al-Mahdi.

Sekian dan semoga bertemu lagi. Wassalam.

M Firdaus