08 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Assalamualaikum wbk.

Esok merupakan tanggal 12 Rabiul Awal 1430H dan umat Islam menyambut kedatangannya sempena memperingati kelahiran baginda Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama berselawat dan memuji junjungan besar kita. Surau Al-Mahdi akan mengadakan majlis ringkas dengan marhaban dan berselawat selepas Solat Maghrib pada Isnin 9/3/09. Datanglah beramai-ramai ke surau.

Pihak surau juga mengalu-alukan sumbangan dana dari semua ahli kariah dan dermawan bagi menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat Seksyen U16 yang akan diadakan pada Ahad 15/3/09. Ahli-ahli kariah juga dijemput menyertai perarakan berselawat pada pagi Ahad tersebut dan seterusnya mendengar ceramah dari Us Ahmad Dusuki. Datanglah beramai-ramai bersama-sama kontinjen kawasan perumahan, sekolah atau KAFA/Tadika masing-masing.

"ISLAM MENJANA KESEJAHTERAAN UMMAH"

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan