22 Februari 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Subang

Assalamualaikum wbk.


Surau Al-Mahdi dengan kerjasama MPP Zone 22 dan JAIS akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat Bukit Subang pada Ahad 15/3/09. Sambutan bermula dengan perarakan berselawat dari Surau Al-Mahdi bermula jam 7.30 pagi yang akan melalui Jalan Metafasa U16/4, Jalan Metafasa U16/5 dan Jalan Metafasa U16/3 sebelum kembali semula ke Surau Al-Mahdi. Acara kemuncak sambutan adalah Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki yang akan bermula lebihkurang jam 10.30 pagi. Acara selingan sebelum ceramah adalah persembahan nasyid dari gabungan KAFA sekitar Taman Bukit Subang dan persembahan Marhaban.
Jawatankuasa Penganjur Majlis Sambutan dengan rendah hatinya memohon sumbangan kewangan dan bantuan peralatan dari para dermawan dari kalangan penduduk serta ahli kariah Bukit Subang dan pihak korporat agar majlis dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sumbangan berupa cek bolehlah dituliskan atas nama Bendahari Surau Al-Mahdi, manakala sumbangan tunai bolehlah disalurkan kepada mana-mana AJK Sambutan atau AJK Surau Al-Mahdi.
Muslimin dan muslimat dijemput untuk menyertai perarakan berselawat dan seterusnya untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang mengupas tema sambutan kali ini iaitu "Islam Menjana Kecemerlangan Ummah".
Sekian, dan wassalam.
M. Firdaus

2 ulasan:

  1. program ni boleh dikatakan berjaya.pada dasarnya ada sedikit kekurangan dan kelemahan.pemilihan ajk sambutan di manopoli oleh sebelah pihak dimana ia menggunakan MPP sebagai platfom.ia jelas.sepatutnya program sebegini tidak membabitkan parti politik.ia sepatutnya melibatkan semua penduduk dimana ajk surau sepatutnya yang mengetuai majlis sambutan.harus diingat tak semua yang tinggal di bukit subang menyokong PR.mungkin faktor ini yang menyebabkan sambutan menjadi sedikit hambar.Anda sepatutnya sedar tentang perkara sebegini.apa pun tahniah kerana berjaya mengadakan sambutan ini walaupun tidak gah seperti tahun sebelumnya.

    BalasPadam
  2. SALAM, baru nak respon sebab baru tahu Surau Al-Mahdi ada laman blog rasmi.

    Terima kasih atas pandangan tuan/puan yang Tanpa Nama. Cuma agak kurang bersetuju di katakan di monopoli oleh sebelah pihak sahaja.

    ISLAM dan POLITIK tidak boleh dipisahkan ! Kuasa POLITIK diperlukan untuk DAULATkan ISLAM !

    Surat pertama untuk melantik Jawatankuasa Induk dikeluarkan oleh Surau Al-Mahdi > semua pengerusi2 surau, persatuan penduduk, kafa, PASTI dan tadika ISLAM telah dijemput ! Juga tidak timbul gunakan platform MPP Zon 22 sebab majlis adalah dengan kerjasama dan penyatuan semua pihak ! Lebih-lebih lagi menerusi Portfolio Agama MPP Zon 22 @ Encik Tarmizi b. Jaafar sebagai pengerusi portfolio (yang juga pengerusi Surau Al-Mahdi).

    Sebagai manusia biasa, kelemahan memang ada dalam setiap aspek kehidupan kita !

    Biarlah pandangan bersumberkan FAKTA dan bukan sembang2 di kedai kopi @ tepi2 jalan ! Sebab FITNAH adalah lebih buruk daripada MEMBUNUH. Orang ISLAM yang beriman dengan hari akhirat mesti gentleman, insya'ALLAH.

    Akhirnya, ucapan terima kasih sekali lagi atas pandangan untuk sama2 kita muhasabah dan perbaiki pada masa2 akan datang.

    FAISAL BIN ABDUL RAMAN
    Setiausaha Jawatankuasa Induk
    Majlis Sambutan Maulidur Rasul Seksyen U16
    Tahun 1430/2009
    (Telefon: 019-3407216)

    BalasPadam