06 November 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalam wbk.

Diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadah Qurban.

Hayati maksud Qurban yang sebenarnya agar kita menjadi insan yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya ibadat Qurban itu suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam, sebagai mensyukuri nikmat yang telah dikurniakanNya. Dan jika kita renungkan dan mengikut tafsir Surah al-Kautsar, ibadat ini 'wajib' ke atas semua umat Islam kerana kita sentiasa menerima nikmat dariNya. Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam ...... renungkan.

Surau al-Mahdi akan menumbangkan 6 ekor lembu dan acara penyembelihan ini akan dilakukan mulai jam 10 pagi Ahad 6/11/11. Semua anak kariah dialu-alukan untuk bersama-sama bergotong royong melapah dan memotong daging-daging qurban untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar Bukit Subang. Agihan daging akan dilakukan sekitar selepas Solat Zohor dan sebahagian dari daging-daging qurban itu akan dihadiahkan kepada anak-anak kariah yang berhajat. Sila datang ke surau untuk mendapatkan daging berkenaan.

Anak-anak kariah juga dijemput untuk sama-sama menikmati juadah sup tulang selepas Solat Isyak hari yang sama.

Sekian, semoga kita menjadi insan dan umat yang lebih bertaqwa.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan