16 September 2010

Teruskan Mengimarahkan Surau & Masjid Selepas Ramadhan

Alhamdulillah, Surau al-Mahdi kekal penuh sehingga ke malam terakhir bulan Ramadhan. Semoga jemaah yang mengimarahkan Surau al-Mahdi sepanjang Ramadhan yang lalu akan tetap istiqamah dengan terus memenuhkan mana-mana surau dan masjid untuk solat berjemaah dan mengikuti majlis ilmu. Semoga keberkatan Ramadhan akan terus berkekalan hingga ke Ramadhan yang akan datang.

Jawatankuasa Surau al-Mahdi ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan semua jemaah dan para dermawan yang telah memberikan sumbangan dana dan infaq bagi menjayakan program Ihya Ramadhan 1431 lalu. Semoga Allah merahmati tuan-tuan dan puan-puan dengan melipat-gandakan balasan pahala fisabillah dan amal jariah yang dilakukan.

Jawatankuasa Surau al-Mahdi juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua jemaah dan anak kariah. Gunakan sambutan idil fitri ini untuk kunjung mengunjungi rumah sahabat handai dan jiran-jiran sambil bermaaf-maafan merapatkan silaturrahim.

Jazalallahu khairan kathira dan wassalamualaikum wbk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan