10 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan agar kita memulakan puasa dalam keadaan yang suci.

Seperti biasa, Surau akan mengadakan tazkirah selepas solat tarawikh/witir dan diikuti dengan tadarus pada setiap malam. Bagi muslimat, tadarus akan dilakukan pada waktu pagi.

Pihak surau mengalu-alukan sumbangan dan tajaan untuk bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan morey selepas tarawikh. Anak kariah yang berminat untuk menaja atau memberikan sumbangan bolehlah mengisi borang yang disediakan dan menghubungi AJK Surau Sdr Melyadi atau Sdr Radzi.

Tabung Ihya Ramadhan juga akan dibuka bagi menampung perbelanjaan program-program yang dirancang sepanjang bulan Ramadhan ini. Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan.

Kepada semua dermawan dan penaja, pihak Surau mengucapkan Jazakallahu khairan kathira, semoga Allah membalas amal jariah and infaq tuan/puan dengan balasan pahala yang berlipat ganda dan diberikan rahmatNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan