Projek menaikkan-taraf Dewan Solat 2 dari khemah separuh kekal kepada bangunan berdinding kini hampir selesai. Hanya kerja-kerja finishing masih dijalankan. Namun kerja-kerja memasang penghawa dingin ditangguhkan sehingga menerima cukup dana. Setakat hari ini, dana kutipan dari dermawan dan anak kariah untuk projek ini adalah sekitar RM21,000. Ini masih belum mencapai target RM60,000 yang diperlukan dan pihak surau terpaksa menghentikan kerja-kerja sementara menunggu jumlah dana terkumpul bertambah. AJK Surau amat berbesar hati jika ada mana-mana pihak, sama ada individu mahupun badan korporat yang sudi untuk menaja pembelian 4 unit penghawa dingin, kipas tambahan dan lampu-lampu tambahan.
Berikut adalah gambar-gambar sebelum projek dan semasa projek dijalankan:
![]() |
Sebelum Projek: Kolah wuduk |
![]() |
Sebelum Projek: Dewan Solat 2 yang dibina dengan khemah separuh kekal |
![]() |
Semasa Projek: Siling sedang dipasang |
![]() |
Semasa Projek: Dinding dipasang di sekeliling dewan dgn dilengkapi sliding door atau tingkap |
![]() |
Semasa Projek: Kolah wuduk dipecahkan bagi memberi laluan utk pembinaan bilik wuduk utk muslimat |
![]() |
Semasa Projek: Bilik Wuduk Muslimat sedia ada dipecahkan bagi memberi laluan kpd pembinaan ruang solat |
![]() |
Semasa Projek: Pembinaan tambahan ruang solat di luar surau untuk jemaah Solat Jumaat |